Sunday, May 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

   Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus


Assalamualaikum, hai you all. Rindu CiksA tak ? Rindukan ? Kali ni CiksA datang dengan buah tangan sekali. Sudi-sudilah tengok video CiksA hasilkan ni. Usaha sendiri tau. Buat sampai 1,2 pagi. Kesian CiksA tapi demi blogger CiksA, CiksA redahkan juga. Terharu le tu. 

CiksA ada dapat komen positif tau untuk penghasilan video ni. CiksA seronok sangat. Korang kalau ada komen, boleh bagitahu CiksA juga tau. CiksA on je. Tak garang pun lah.

Ok lah. selamat menonton you all. Jangan lupa like dan subscribe ya. hihihi


Menarik bukan ? Pasti kalian lebih faham apa itu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi kan ? Bagus. supaya ia bermanfaat untuk kalian. 



bukti kehadiran kuliah minggu 9



 

BBM3410-202I-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

KITA HIDUP DI DUNIA, BUKAN DI SYURGA. 
MAKA TIADA SESIAPA YANG TERLEPAS DARI MEMBUAT KESILAPAN ! 


Assalamualaikum, hai you all. Jangan terkejut dengan pernyataan CiksA. CiksA tak ada gaduh atau marah sesiapa pun tapi tu nasihat untuk CiksA dan kalian semua. Kesilapan hari ini jadikan pengajaran untuk hari esok. Kesilapan semalam jadikan sebagai kenangan dan jangan diulang, okay. 

CiksA ada masukkan bait-bait kata mengenai kesilapan di instagram CiksA. Nanti follow lah ig CiksA okay. Apa-apa pun, jangan sesekali kita merasa rendah diri dengan kesilapan semalam okay. Sayang you all !







 

BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

Berkembang megah bunga sakura
Dimilik oleh anak majikan
Assalamualaikum pembuka bicara
Buat kalian CiksA rindukan

Haaa masuk ! hehehehe. CiksA tak pandai sangat nak berpantun, tapi nak mencuba tu boleh la sikit-sikit. Siapa nak beli pantun CiksA, CiksA alu-alukan okay. Tak salah mencuba, mana tahu satu hari nanti jadi orang yang hebat dalam berpantun. 







 

BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

 Assalamualaikum, hai you all. 

Sekarang bumi Palestine teruk diserang oleh rejim Zionis laknatullah. kesian sangat-sangat. banyak yang terkorban terutamanya kanka-kanak dan orang tua. Buat masa ini, kita yang berada dimana-mana sahaja doakanlah mereka. Kita tidak tahu, doa siapa Allah makbulkan jadinya marilah semua kita berdoa buat mereka. 

Tak dapat pergi kesana, tak semestinya kita tak dapat membantu mereka. TIDAK ! Kita ada pelbagai cara dan salah satunya adalah Doa. INGAT, doa adalah senjata terunggul untuk umat islam. 







Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT (KLIK KLIK )

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. 

Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia


Video one shot merupakan rakaman yang tidak menggerakkan alat perakam video dan tidak memerlukan suntingan kecuali menambah kredit di bahagian akhir. Berikut merupakan pecahan bagi video one shot.

ONE SHOT ONE LAYER 

One shot one layer merupakan video yang dirakam yang menampakkan hanya satu lapisan sahaja seperti nyanyian, pergerakan atau lakonan. 

ONE SHOT TWO LAYER 

One shot two layer dirakamkan dengan mengambil satu lapisan selain daripada nyanyian dan kebiasaanya video mengandungi jalan cerita yang menarik.

ONE SHOT THREE LAYER

One shot three layer pula menunjukkan tiga lapisan dalam satu video tersebut seperti, nyanyian, lakonan dan pergerakan. Pergerakan boleh melibatkan perkara yang bergerak dengan perancangan dan pergerakan yang tidak segaja. 

Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

   Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus


Komunikasi boleh berlaku dalam bentuk kumpulan kecil mahupun kumpulan besar. Komunikasi juga boleh dilakukan dengan menggunakan digital yang terkini bagi tujuan penyampaian mesej dengan lebih berkesan dan cepat. Oleh itu, komunikasi yang berkesan memerlukan strategi yang bersesuaian dari segi masa, tempat dan keadaan. Berikut merupakan peta minda yang CiksA hasilkan melalui pendapat dan pandangan pakar dalam strategi komunikasi. 



berikut merupakan bukti kehadiran. 

Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. 
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia


 SELAMAT HARI RAYA SEMUA !

Raya tahun ni, CiksA tak pergi beraya mana-mana pun. CiksA pergi rumah opah je, tu pun nasib sebelah rumah. Memang selalu ulang-alik ke situ, jadinya takde masalah pun kan ? nak tengok apa yang CiksA makan ? Jangan risau CiksA ada buat vlog setempat di pagi raya di rumah opah CiksA. hehehehe



Langkah-langkah untuk mengambil video setempat 
1. Pastikan suasana yang ingin direkodkan bersesuaian dengan tema.
2. Tidak memperkatakan isu-isu yang menimbulkan sensitiviti.
3. Suara yang memegang kamera atau pita rekod tidak terlalu kuat.
4. Hanya menggerakkan pita rekod atau kamera tanpa menggerakkan tubuh badan
5. Pastikan perkara yang direkodkan adalah selamat dan dilindungi privasinya. 

Berikut merupakan bukti kehadiran






BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA (KLIK KLIK)

 SELAMAT HARI RAYA WARGA BLOG CIKSA !

Mesti semua sakan beraya walaupun tengah PKP kan ? Walaupun PKP, kemenangan kita perlu diraikan setelah sebulan berpuasa. Tak salah untuk kita raikan, lagipun raya kan setahun sekali. Dalam pada itu, CiksA dan rakan-rakan ada sediakan satu vlog raya yang sangat menarik. Nak tengok ? Jom !




Semua pelakon terbaik kan ? hehehehe Semoga video vlog kami dapat memberi kalian idea agar sentiasa meraikan hari raya yang belum tentu ada rezeki pada masa akan datang. 


Sunday, May 2, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA (KLIK KLIK)

 Hai semua. Berjumpa lagi kita di Blog CiksA. Semangat lagi tak tu nak habiskan puasa ?


Kali ini, CiksA nak berkongsi satu lagi video yang sangat menarik. Memandangkan CiksA belajar dalam jurusan bahasa Melayu, jadinya CiksA nak kongsikan video Simpulan Bahasa yang kumpulan CiksA lakonkan. Ada juga yang dibantu oleh keluarga dan rakan-rakan lain. Mesti tak sabar nak tengok CiksA dan rakan rakan dalam video kan ? So, let's check it out !


Berikut merupakan senarai simpulan Bahasa yang ahli kumpulan KLIK KLIK lakonkan :

1.  Rambang mata (tidak boleh membuat pilihan) 

2.  Mata air (buah hati) 

3.  Ada angin [Perangai atau tingkah laku yang tidak tetap] 

4.  Ada bakat [Mempunyai kebolehan]  

5.  Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang secara diam-diam]  

6.  Ada jalan [Mempunyai peluang] 

7.  Ada sengat/Ada taring [Mempunyai kuasa] 

8.  Air bujang [Hidangan minuman tanpa kuih] 

9.  Air muka [Wajah atau rupa seseorang] 

10.  Mandi peluh (hardworking) 

11.  Makan angin (bercuti) 

12.  Alas perut [Makan sedikit untuk menahan lapar] 

13.  Makan hati (kecewa) 

14.  Alim kucing [Berpura-pura baik] 

15.  Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi pantai]

16.  Ambil berat [Mengambil tahu tentang sesuatu perkara atau seseorang]

17.  Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan seseorang] 

18.  Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri] 

19.  Makan suap (rasuah)

20.  Buta tuli [Berbuat sesuatu tanpa berfikir] 

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan hasil tugasan bagi kursus BBM3410 yang telah saya lakukan selamat 14 minggu : 1.  BIODATA DIRI    2.  CERITA SOSIAL 1   3....