Nama diberi Nurul Anisah binti Rohizat (201813)
Negeri asalku Perak Darul Ridzuan. Jelas orang mengenaliku dengan tubuh fizikal ku yang kurus keding. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sempurna dengan hadirnya enam adik-beradik. Aku bongsu perempuan yang dilihat seperti anak manja tetapi aku sentiasa mencuba untuk kekal berdiri sendiri. Walau bagaimanapun, aku bahagia dengan keluarga kecilku yang sentiasa riuh dikala berkumpul ramai. Walau sering bergaduh, tetapi itulah yang menjadi pengubat rindu ketika berjauhan.
Minat ku sejak kecil sangat mendalam terhadap bidang sukan. Dorongan daripada mak abah sejak kecil membolehkan aku pernah mewakili negeri dalam bidang sukan seperti hoki, olahraga dan bola jaring. Bukan itu saja, aku juga minat dengan unit uniform. Dahulunya aku pernah bercita-cita untuk menjadi polis dan tentera, tetapi abah melarang. Mungkin sebab fizikalku yang kurus keding. Tetapi, aku tak berhenti setakat itu, di peringkat ijazah, aku menceburkan diri dalam unit uniform Pertahanan Awam. Semoga aku ditauliahkan sebagai Pegawai Muda pada suatu hari nanti.
Cukup lah setakat itu je. Kalau nak tahu lebih-lebih kena kamching dulu. Bukan apa, orang zaman sekarang banyak beno pakei topeng. Kan dah keluar loghat Perak. Gerak dulu, apa apa roger tepi. Bye semua :)
cunnn
ReplyDeleteMantul Cik Nis. HEHEHE
ReplyDelete