Sekarang bumi Palestine teruk diserang oleh rejim Zionis laknatullah. kesian sangat-sangat. banyak yang terkorban terutamanya kanka-kanak dan orang tua. Buat masa ini, kita yang berada dimana-mana sahaja doakanlah mereka. Kita tidak tahu, doa siapa Allah makbulkan jadinya marilah semua kita berdoa buat mereka.
Tak dapat pergi kesana, tak semestinya kita tak dapat membantu mereka. TIDAK ! Kita ada pelbagai cara dan salah satunya adalah Doa. INGAT, doa adalah senjata terunggul untuk umat islam.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia
Video one shot merupakan rakaman yang tidak menggerakkan alat perakam video dan tidak memerlukan suntingan kecuali menambah kredit di bahagian akhir. Berikut merupakan pecahan bagi video one shot.
ONE SHOT ONE LAYER
One shot one layer merupakan video yang dirakam yang menampakkan hanya satu lapisan sahaja seperti nyanyian, pergerakan atau lakonan.
ONE SHOT TWO LAYER
One shot two layer dirakamkan dengan mengambil satu lapisan selain daripada nyanyian dan kebiasaanya video mengandungi jalan cerita yang menarik.
ONE SHOT THREE LAYER
One shot three layer pula menunjukkan tiga lapisan dalam satu video tersebut seperti, nyanyian, lakonan dan pergerakan. Pergerakan boleh melibatkan perkara yang bergerak dengan perancangan dan pergerakan yang tidak segaja.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019.Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus
Komunikasi boleh berlaku dalam bentuk kumpulan kecil mahupun kumpulan besar. Komunikasi juga boleh dilakukan dengan menggunakan digital yang terkini bagi tujuan penyampaian mesej dengan lebih berkesan dan cepat. Oleh itu, komunikasi yang berkesan memerlukan strategi yang bersesuaian dari segi masa, tempat dan keadaan. Berikut merupakan peta minda yang CiksA hasilkan melalui pendapat dan pandangan pakar dalam strategi komunikasi.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia
SELAMAT HARI RAYA SEMUA !
Raya tahun ni, CiksA tak pergi beraya mana-mana pun. CiksA pergi rumah opah je, tu pun nasib sebelah rumah. Memang selalu ulang-alik ke situ, jadinya takde masalah pun kan ? nak tengok apa yang CiksA makan ? Jangan risau CiksA ada buat vlog setempat di pagi raya di rumah opah CiksA. hehehehe
Langkah-langkah untuk mengambil video setempat
1. Pastikan suasana yang ingin direkodkan bersesuaian dengan tema.
2. Tidak memperkatakan isu-isu yang menimbulkan sensitiviti.
3. Suara yang memegang kamera atau pita rekod tidak terlalu kuat.
4. Hanya menggerakkan pita rekod atau kamera tanpa menggerakkan tubuh badan
5. Pastikan perkara yang direkodkan adalah selamat dan dilindungi privasinya.
Mesti semua sakan beraya walaupun tengah PKP kan ? Walaupun PKP, kemenangan kita perlu diraikan setelah sebulan berpuasa. Tak salah untuk kita raikan, lagipun raya kan setahun sekali. Dalam pada itu, CiksA dan rakan-rakan ada sediakan satu vlog raya yang sangat menarik. Nak tengok ? Jom !
Semua pelakon terbaik kan ? hehehehe Semoga video vlog kami dapat memberi kalian idea agar sentiasa meraikan hari raya yang belum tentu ada rezeki pada masa akan datang.
Hai semua. Berjumpa lagi kita di Blog CiksA. Semangat lagi tak tu nak habiskan puasa ?
Kali ini, CiksA nak berkongsi satu lagi video yang sangat menarik. Memandangkan CiksA belajar dalam jurusan bahasa Melayu, jadinya CiksA nak kongsikan video Simpulan Bahasa yang kumpulan CiksA lakonkan. Ada juga yang dibantu oleh keluarga dan rakan-rakan lain. Mesti tak sabar nak tengok CiksA dan rakan rakan dalam video kan ? So, let's check it out !
Berikut merupakan senarai simpulan Bahasa yang ahli kumpulan KLIK KLIK lakonkan :
1. Rambang mata (tidak boleh membuat pilihan)
2. Mata air (buah hati)
3. Ada angin [Perangai atau tingkah laku yang tidak tetap]
4. Ada bakat [Mempunyai kebolehan]
5. Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang secara diam-diam]
6. Ada jalan [Mempunyai peluang]
7. Ada sengat/Ada taring [Mempunyai kuasa]
8. Air bujang [Hidangan minuman tanpa kuih]
9. Air muka [Wajah atau rupa seseorang]
10. Mandi peluh (hardworking)
11. Makan angin (bercuti)
12. Alas perut [Makan sedikit untuk menahan lapar]
13. Makan hati (kecewa)
14. Alim kucing [Berpura-pura baik]
15. Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi pantai]
16. Ambil berat [Mengambil tahu tentang sesuatu perkara atau seseorang]
17. Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan seseorang]
18. Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri]
Pada tugasan amali bagi minggu ke-5, kami sekelas perlu wujudkan satu akaun Instagram. Kalian semua ada Instagram ? Seronok juga guna Instagram ni. Boleh like dan komen pada post rakan-rakan. Dalam posting pertama saya di Instagram, saya telah memperihalkan mengenai 'Keindahan'. Kalian mesti ada pendapat tersendiri mengenai keindahan kan? Sama juga seperti CiksA dan rakan-rakan, kami ada pandangan tersendiri. Nak tahu apa pandangan kami ? Jom baca apa yang kami kongsikan.
Post pertama : 22 April 2021
Ini lah Instagram CiksA. Jom follow ramai-ramai.
Cantik-cantik gambar yang kawan-kawan CiksA kongsikan.
Sebab cantiklah, CiksA selalu komen. heheheh
Post Kedua : 27 April 2021
Dan CiksA komen di post-post Instagram rakan-rakan CiksA juga