Saturday, June 26, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

 Assalamualaikum dan hai blognet

Kalian semua suka minum kopi ? Sebelum tu, meh CiksA kenalkan. Dalam satu rancangan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Alia dijemput untuk menceritakan tentang Misteri Kopi.

Jeng Jeng Jeng. apakah yang misteri nya ? Kenalah dengar sendiri. baru kalian dapat feel it.

Okay lah, CiksA bukan lah seorang yang minat minum kopi, tapi CiksA orang yang suka bau kopi. Ahhhh wangi sangat lah bau kopi ni. Siapa ada perangai yang sama macam CiksA ? Angkat kening sebelah. Hahahaha

Di bawah ni, link rancangan tu. Boleh la kalian turut merungkai kisah Misteri Kopi. Hihihihi








BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

 Assalamualaikum and hai blognet


Suasana riang, tara kuca, tara kuca ca

Ewahhhh. Hihihihihi. Berpesta muda mudi pula kita ya. Dalam kita duduk di rumah, sebab tengah PKP ni.apa kata kita bina dan cipta satu suasana yang ceria. Supaya kita tak stress dengan kerja atau apa-apa perkara.

Have a nice day everyone !









BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN

 Assalamualaikum and hai blognet


Kalian suka tak tengok pemandangan atau sesuatu yang indah ? Pasti suka kan ? dan bagi kalian, apa yang paling indah dalam dunia ni ?

Bagi CiksA tak lain dan tak bukan, keluarga lah. Terutamanya mak dan abah. Mereka sangat indah dan sangat berharga. Selagi mereka ada, hargailah keindahan yang tiada tandingan ini. 









BBM3410-2021-MINGGU 11- TEKA TEKI (FACEBOOK)

Assalamualaikum and hello blognet

Siapa kat sini handal bermain teka teki ? Kalau awak rasa awak handal, apa kata awak teka, apa jawapan teka teki CiksA ni. 

Haa masuk ! Jangan tak cuba ye 







 

BBM3410-2021-MINGGU 11- ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

Assalamualaikum blognet
Kalian semua suka tak alam semula jadi ? tak kira lah hutan ke, gunung ke, laut atau pantai ke. Yang penting semua tu alam semula jadi. 

Nak bagi tahu ni, sekarang banyak berita yang mengatakan alam semula jadi banyak tercemar. Jadinya, CiksA nak pesan ni. Kita kena la jaga alam semula jadi supaya nanti kita boleh nikmatinya. Kalau takde alam semula jadi, haa macam mana dengan habitat yang lain ? kat mana juga kita nak dapatkan pemandangan yang cantik ? betul tak ?

Jadi, ingat ye semua, jaga alam semula jadi okay <3










 

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA : REALITI ATAU FANTASI


Assalamualaikum dan Anneyonghaseyo blognet
Acewah, feeling feeling Korean pula.

Kalian minat K-drama tak ? Kalau minat boleh jadi geng lah kita.
Drama pertama CiksA tonton, cerita Winter Sonata dan Full House. Paling ingat, Rain dalam Full House. Masa tu kenal dia je. HAHAHAHA

Lepas itu, berhenti minat sebab mak abah suruh masuk asrama. Dah habis asrama, masuk Universiti, baru sambung minat. Sambung tengok  drama Hotel Del Luna. AHHHH minat sangat. Lepastu, tengok drama Descendent Of The Sun. Em tak move on lagi dengan BigBoss (Song Jong Ki). Rupanya pelakon utama drama tu, pernah berkahwin dan dah bercerai. Sedih pulak kita. HAHAHAHAHA

Apa-apa pun, nak tonton tu boleh tapi jangan terikut trend mereka pula. Tengok drama yang ada unsur nasihat dan pengajaran macam Fight For My Way. Best.

Jadinya, CiksA sarankan kalian tonton Kdrama untuk lepaskan tekanan. HAHAHAHA. Tapi bagi yang muslim, jangan sampai terlepas waktu solat, okay.




bukti kehadiran 





 

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS (KLIK KLIK)

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. 

Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia

Assalamualaikum dan hai blognet.

Video kali ini, CiksA nak bawa kalian mendalami satu kisah yang berfokuskan hanya sebtang pen. 
Tak percayakan, dengan sebatang pen boleh hasilkan sebuah video yang menarik. 

Kalau kalian nak tahu apa kisahnya. Kena tonton video penuh di bawah okay. Yang pasti, sediakan tisu juga. Hehehehe



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan hasil tugasan bagi kursus BBM3410 yang telah saya lakukan selamat 14 minggu : 1.  BIODATA DIRI    2.  CERITA SOSIAL 1   3....