Saturday, April 10, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

Baru-baru ini, CiksA ada mengikuti satu rancanganyang diadakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Rancangan tersebut berkaitan bahasa isyarat yang umumnya kita ketahui bahawa bahasa tersebut digunakan oleh golongan kurang upaya yang bisu dan pekak. Sesetengah orang pasti akan terlintas orang yang kurang upaya yang tidak dapat menyampaikan sesuatu dengan kata-kata. Justeru, mereka perlu menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan setiap apa yang ingin mereka katakan. Tetapi, sedarkah kita bahawa kita juga perlu mempelajari bahasa isyarat. Kenapa ? Pernahkah kita berfikir, jika kita tidak mahir atau berpengetahuan mengenai bahasa isyarat, bagaimana kita mahu bertutur atau menyampaikan sesuatu kepada orang yang kurang upaya ini ? Oleh itu, CiksA sangat berpuas hati dengan rancangan yang dianjurkan oleh pihak DBP ini.

Berikut CiksA lampirkan link dari Youtube yang merupakan Rancangan Sembang Tamu yang dikendalikan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertajuk Celik Bahasa Isyarat yang disampaikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, yang merupakan pensyarah Universiti Putra Malaysia.


YOUTUBE : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dengan peluang yang telah CiksA peroleh, CiksA juga ingin semua orang mendengar setiap bait-bait kata yang disampaikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim mengenai Celik Bahasa Isyarat ini. Semoga kita semua bukanlah golongan yang membiarkan mereka yang kurang upaya ini sunyi disebabkan kita tidak mampu memahami apa yang mereka sampaikan. 


kehadiran saya pada 6 April 2021


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan hasil tugasan bagi kursus BBM3410 yang telah saya lakukan selamat 14 minggu : 1.  BIODATA DIRI    2.  CERITA SOSIAL 1   3....