Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK

        BAHAN ASAS GRAFIK

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia




1. BUNTING / BANNER

Huraian

 

·         Banner ialah suatu media promosi atau publikasi yang dicetak menggunakan print digital dengan ukuran tertentu

·         Berbentuk portrait atau vertical bertujuan untuk menjual ataupun memperkenalkan sesuatu kepada khalayak.

·         Elemen pertama ialah elemen kesesuaian. Di dalam banner itu terdapat atlet sukan yang memegang kasut sukan. Oleh itu, penggunaan foto atlet ini sesuai dengan pengiklanan kasut sukan.

·         Seterusnya ialah elemen keseimbangan. Keseimbangan ini dapat dilihat melalui sisi atas dan bawah seimbang kerana mempunyai teks.

·         Selain itu, elemen teks. Elemen ini juga memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej kepada pembaca dengan jelas dan mudah. Penggunaan font Anton dan saiz 293 pt telah digunakan di dalam grafik ini dan perkataan ‘RAYA SALE !!!’ di atas menekankan kepada pelanggan bahawa terdapat jualan yang murah untuk kasut sukan.

·         Elemen mudah juga terdapat di dalam banner ini. Hal ini dikatakan demikian kerana jika masyarakat melihat banner ini, mereka akan mengetahui bahawa syarikat ini mempromosikan jualan kasut sukan. Perkara ini dapat dibuktikan kerana foto atlet sukan dengan kasut. Oleh itu, masyarakat mengetahui bahawa syarikat ‘K’ ini membuat jualan kasut sukan.

 



2. PAMPLET

Huraian

 

·         Pamplet boleh terdiri daripada sehelai kertas yang dicetak di kedua sisi dan dilipat menjadi dua, pada pertiga, atau keempat, disebut sebagai risalah atau mungkin terdiri dari beberapa halaman yang dilipat dua dan pelana dijepit pada lipatan untuk buat buku ringkas.

·         Elemen keseimbangan dapat dilihat pada ketiga-tiga lipatan pamplet

itu melalui sisi atas, bawah dan tepi dengan logo, kasut dengan tulisan.

·         Bagi elemen teks pula, ia menggunakan saiz dan jenis font yang sesuai. Huruf ‘K’ besar di dalam pamplet itu akan menyebabkan pembeli mengetahui identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Perkara ini penting kepada masyarakat untuk membacanya dengan jelas.

·         Seterusnya ialah elemen warna. Warna kuning, putih dan hitam di dalam pamplet itu amat membantu masyarakat untuk membacanya. Contohnya perkataan ‘NEW DESIGN’ di warna tetapi perkataan ‘FOR YOU’ tidak diwarnakan. Hal ini kerana syarikat ini ingin menyampaikan mesej kepada pembeli bahawa mereka telah melancarkan reka bentuk kasut sukan yang baharu. Tidak lupa juga, latar belakang setiap lipatan pamplet tersebut tidak menenggelamkan teks dan grafik di dalam pamplet itu.

·         Akhir sekali, elemen mudah. Hal ini dapat dikatakan apabila masyarakat melihat pamplet ini, mereka mengetahui bahawa syarikat ini sedang mengiklankan kasut sukan. Hal ini mesej dengan grafik dapat difahami oleh pembaca dengan sekali pandang.

 



3. POSTER


Huraian

 

·         Poster – Satu design grafik yang terkandung gambar dan terdapat kata-kata pada atas kertas yang ukurannya besar.

·         Kandungannya pula memuatkan tentang informasi serta maklumat.

·         Ditampal pada tempat-tempat umum agar dapat dilihat dan dibaca oleh orang ramai.

·         Tujuan – Memberikan informasi, mengajak orang ramai untuk

·         Poster ini mengetengahkan elemen keseimbangan, teks serta warna.

·         Elemen keseimbangan penting untuk tampil dalam mana-mana poster.

·         Objek yang berada di atas poster kelihatan lebih dominan dari objek yang berada di bawah poster.

·         Elemen rumput yang dapat dilihat pada poster sudah menunjukkan wujud keseimbangan antara alam semesta yang berkolaborasi dengan langit di atas.

·         Walaupun kedudukan kasut tidak kelihatan berada pada tengah-tengah poster, namun elemen tulisan yang ada serta cahaya bulan yang memenuhi ruang kiri dan kanan sudah mampu memaparkan elemen keseimbangan.

·         Saiz font yang digunakan mampu memberikan pembaca untuk meneliti dengan mudah.

·         Bagi elemn warna pula, sangat menonjol warna kasut yang digunakan tersebut bagi menarik perhatian orang ramai untuk terus melihat dan membaca maklumat yang ada.

 




4, GAMBAR

Huraian

 

·         Elemen yang jelas digunakan adalah elemen teks.

·         Menggunakan font dan saiz yang sesuai dan jelas untuk dibaca.

·         Teks yang digunakan menambah pemahaman kepada pembaca dimana produk tersebut merupakan jenama baru dan meminta pembaca untuk membelinya segera.

·      Elemen teks yang digunakan juga menjelaskan bahawa produk yang dikeluarkan adalah sport shoes atau kasut sukan yang tahan lasak.

 




5. BILBOARD

Huraian

 

·         Billboard ( Papan Iklan ) – Billboard kebiasaannya akan terlihat pada tempat yang sering menjadi tumpuan lalu-lalang ketika kesibukan berlaku.

·         Maklumat yang dipaparkan pula berbentuk ilustrasi dan slogan untuk menarik minat pembaca untuk menoleh walau seketika.

·         Bentuknya yang besar dan tinggi ini sebenarnya memberikan peranan yang penting kerana memudahkan orang ramai untuk mudah mengenali dan melihat secara langsung tentang maklumat yang ditampilkan pada billboard tersebut.

·         Billboard ini megetengahkan elemen teks, keseimbangan, warna, mudah dan kesesuaian.

·         Bagi elemen teks , font yang wujud pada billboard tersebut berukuran agak besar dan sesuai.

·         Pembaca akan mudah membacanya walaupun berada pada jarak yang jauh.

·         Bagi keseimbangan pula, elemen yang ada saling bergantungan antara satu sama lain.

·         Margin kiri dan kanan, serta atas dan bawah sememangnya tepat digunakan.

·         Warna yang digunakan pula sangatlah sesuai.

·         Warna putih pada kasut jelas menunjukkan kekontrasan dan penumpuan penuh akan diberikan pada kasut tersebut.

·         Orang ramai akan faham bahawa syarikat ini sebenarnya berniaga kasut sukan.

·         Bagi memenuhi elemen kesesuaian pula, atlet yang sedang berlari adalah sesuai dengan latar yang digunakan.




6. VIDEO

Huraian

 

·         Elemen yang banyak digunakan adalah teks, kesesuaian dan mudah.

·         Elemen teks yang menggunakan font dan saiz font yang sesuai untuk menyampaikan mesej dengan baik kepada pembaca, sebagai contoh teks 'Go Wild Go Further' yang menjelaskan bahawa produk kasut sesuai digunakan ketika lasak.

·         Elemen kesesuaian, setiap latar yang digunakan adalah sesuai dari segi font, foto dan warna. Hal ini kerana ia memberikan makna terhadap setiap foto atau video. Sebagai contoh, poster yang diletakkan dalam video menggunakan setiap latar yang sesuai untuk menggambarkan kualiti produk kasut sukan.

·         Elemen mudah, menggambarkan bahawa penglihatan seseorang yang melihat video tersebut dipaparkan mudah difahami tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, sebagai contoh kasut yang dipaparkan sesuai digunakan untuk aktiviti lasak seperti aktiviti riadah.

 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan hasil tugasan bagi kursus BBM3410 yang telah saya lakukan selamat 14 minggu : 1.  BIODATA DIRI    2.  CERITA SOSIAL 1   3....