Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

1.    Intuisi   

2.    Konteks

·        Penerimaan/penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pegulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

EMOSI

     1.    Positif

     2.    Negatif

     3.    Emosi Bercampur

·         Perangai

·        Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

NILAI DAN BUDAYA

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

·         Jujur, ikhlas,baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesederhanaan

·         Berdikari,  hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

BAHASA

     1.    Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

      2.    Formal/ tidak formal

     3.    Kesalahan bahasa

    4.    Linguistik

INFERENS

     1.    Rumusan keseluruhan

     2.    Rumusan topik perbincangan

     3.    Penutup kata


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi,

Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang


Pra-andaian merupakan perkara yang digunakan sebagai permulaan tindakan. Ia dibahagikan kepada dua iaitu intuisi dan konteks. Intuisi merupakan gerak hati untuk memahami sesuatu tindakan manakala konteks perlu dilihata daripada beberapa aspek seperti perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan, penegasan, keperluan, dan penerimaan / penafian.

 

Emosi merupakan perasaan seseorang yang muncul akibat dirangsang. Ia akan menimbulkan beberapa jenis emosi yang bergantung kepada keadaan seperti emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Hal ini akan dinilai dari segi perangai, personality, mood dan motivasi.

 

Nilai dan budaya merupakan pendekatan yang tertumpu kepada diri, masyarakat dan adat. Nilai yang diterapkan adalah seperti kejujuran, kasih sayang, keberanian, keadilan, dan hormat menghormati.

 

Bahasa adalah aspek yang tertumpu kepada tiga peringkat bahasa iaitu, bahasa pertama, bahasa kedua, dan bahasa ketiga. Bahasa juga dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahasa formal dan bahasa bukan formal. Bahasa akan dianalisis lebih kritis dan aspek linguistik akan dijelaskan dengan huraian dan padat.

 

Inferens merupakan aspek rumusan yang tertumpu kepada tiga iaitu, rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Ketiga-tiga aspek ini dianalisis supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan lebih lengkap dan jelas.


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan hasil tugasan bagi kursus BBM3410 yang telah saya lakukan selamat 14 minggu : 1.  BIODATA DIRI    2.  CERITA SOSIAL 1   3....