Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus

Berdasarkan cerita sosial 2 bertajuk Saya yang Istimewa, pada hujung minggu, bapa Alim membeli buah-buahan tempatan kerana Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar memakan buah-buahan. Setelah berkumpul, ibu mengarahkan setiap sampah dibuang dalam bakul sampah yang telah disediakan olehnya. Sedang mereka menikmati buah-buahan, Alim meminta izin untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman kerana ibu bapanya sering berpesan supaya sentiasa berkongsi barang makanan yang kita sukakan kerana ia merupakan satu perbuatan yang baik. Alim pulang ke rumah dengan hati yang gembira untuk menikmati buah-buahan bersama keluarga setelah menyerahkan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Ketika Alim berkemas dan ingin membuang sampah ke tong sampah besar di luar rumah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu sampah di luar rumah. Mak Cik Timah merupakan ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah juga mengatakan bahawa Alim anak yang baik kerana mahu berkongsi makanan dengan Sulaiman. Alim melihat wajah Mak Cik Timah yang sedih apabila melihat Sulaiman yang sedang membasuh basikal. Apabila ditegur Alim, Mak Cik Timah tidak mengatakan yang dirinya sedih tetapi gembira kerana Alim sudi berkawan dengan Sulaiman yang serba kekurangan. Walau bagaimanapun, Alim mengatakan bahawa dia suka dengan Sulaiman dan gembira dapat berkawan dengan Sulaiman. Alim mengatakannya sambil melambai Mak Cik Timah lalu masuk ke rumah. Sambil memandang Alim yang masuk ke rumah, Mak Cik Timah mendoakan agar keluarga Alim diberikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik.





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan hasil tugasan bagi kursus BBM3410 yang telah saya lakukan selamat 14 minggu : 1.  BIODATA DIRI    2.  CERITA SOSIAL 1   3....