Sunday, April 25, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

DILEMA PENGEMBARA 

KREDIT ; DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 


Pada 16 April 2021, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu Rancangan Sembang Tamu dengan mengemukakan tajuk yang sangat memberi inspirasi kepada CiksA. Sebelum tu, mesti ramai yang suka mengembara hingga ke luar negara kan ? Sama juga macam CiksA. Kalau diberikan ruang dan peluang, pasti CiksA ambil peluang tu untuk mengembara ke luar negara. Bak kata orang puteh, "around the whole world". Rancangan Sembang Tamu kali ini bertajuk Dilema Pengembara yang telah disampaikan oleh Dr. Siti Nur Alia Roslan. Nak tahu beliau ni siapa ? Beliau merupakan anak perempuan kepada pensyarah saya. Hebat kan !

Dr Alia ni sudah mengembara sebanyak 21 kali sejak berumur 16 tahun. Iya, sejak 16 tahun. Kalau kita, 16 tahun masih di sekolah menengah tapi Dr Alia tidak. Beliau berkata, ibunya tidak pernah menghalangnya untuk mengembara bahkan memberikan sokongan dan galakkan yang padu. Beliau juga mengatakan bahawa, kita perlu sentiasa mencuba keluar dari zon kesenangan walaupun dalam jangka masa yang singkat. Bagi beliau, mengembara bukanlah satu aktiviti yang membazir masa dan wang tetapi ia merupakan salah satu cara untuknya memperoleh ilmu can pengetahuan yang baharu. Wang boleh dicari tetapi ilmu perlu sentiasa digali. Pepatah ini sesuai sangat untuk menggambarkan setiap bait-bait kata yang diungkapkan oleh Dr Alia. 

Walau bagaimanapun, sekarang kita sedang berperang dengan Covid-19. Nak taknak, kita perlu sentiasa berada di rumah untuk mengurangkan penularan virus tersebut. Semoga suatu hari nanti, kita diberikan ruang dan peluang untuk mengembara ke seluruh dunia. Tetapi sebelum itu, melancong di dalam negara dulu okay. Pastikan kita kenali Malaysia dahulu baru kenali negara luar. Apa-apa pun, jangan lupa tanamkan azam untuk menjadi seorang pengembara.

Terima kasih pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana sudi untuk mengetengahkan tajuk yang mampu memberi inspirasi kepada anak muda seperti CiksA. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr Alia kerana sudi berkongsi pengalaman yang menarik ini. 

bukti kehadiran




 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan hasil tugasan bagi kursus BBM3410 yang telah saya lakukan selamat 14 minggu : 1.  BIODATA DIRI    2.  CERITA SOSIAL 1   3....